ARTIKEL : Kegunaan Garam Dalam Perubatan Islam
Posted by Admin on 2011/11/2 10:20:00 (4526 reads)

"Banyak ayat-ayat Al-Quran menyebut bahawa semua kejadian dimuka bumi ini adalah untuk munafaat atau kegunaan manusia sejagat. Hadis Nabi Muhammad S.A.W menyebut GARAM adalah penghulu segala masakan/makanan manusia. Makanan yang paling simple eg. Ubi rebus/jagong rebus akan dibubuh garam dan tidak benda-benda lain sehinggakan makanan/masakan yang mahal pun kena bubuh garam untuk menambah rasa/selera.

Manusia dijadikan dari 4 unsur iaitu Tanah, Air, Api dan Angin . Garam datang dari unsur Tanah. Garam berasal dari laut dan dari bukit. Banyak kegunaan garam antaranya - pengawit ikan supaya tidak busuk. - menghilangkan tahi kerang dengan merendam kerang ke dalam air garam sebelum merebusnya/masak. - Kurangkan kemasinan ikan kering dengan merendamnya ke dalam air garam sebelum di masak. - Mengurangkan pahit buah peria dengan merendamkan ke dalam air garam.

Garam yang berlebihan di dalam badan kita adalah dari makanan yang berlebihan dan akan tersimpan di dalam badan....maka jadi lah darah tinggi...kenapa jadi gitu.... kerana nafsu makan, balun apa saja. Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam.

Antaranya: Penyakit Gaut "timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 atau 2 jam kemudian mandi air laut. Kalu dok bando macam KL mana ada pantai - boleh goreng 1 atau 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam/tungku di bahagian yang benggkak atau sakit. Garam tu bunggkus lah dengan kain.

Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lengoh-lengoh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalu sakit lelah demah/tuam tapak kaki. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat eg bertani, bersukan dll - minum air suam dan sedikit garam. cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.

Rasullullah setiap kali menggembara akan memamah sedikit garam sebelum mengambil makanan atau minuman. Ini bertujuan untuk menstabilkan badan, meningkatkan ketahanan/imiun badan kerana setiap bumi/ tempat mempunyai udara, megnatik dan hawa yang berlainan. Dalam kitab perubatan Islam ada menyebut ia dapat mengembalikan tenaga yang hilang semasa perjalanan.

Cara Rasullullah ini telah menjadi amalan oleh pengembara/penuntut ilmu atau sesiapa sahaja yang bermusafir. Selain dari itu garam juga digunakan sebagai pagar dari gangguan jin/makhluk halus.

1. Anak yang selalu mengigau, ambil segenggam garam kasar diletakkan di dalam piring kemudian diletakkan di sebelah atas kepala anak tersebut semasa tidurnya.

Insyaalah tidak mengigau lagi.

2. Tabor garam di tempat tidur bagi mereka yang suka berkelah di hutan/pantai. Elakkan dari tidur di atas tanah/bumi, sebaiknya lapik dengan benda/kain tebal kerana udara yang keluar dari bumi akan masuk ke liang roma bersama-sama jin.


Semoga dengan ilmu yang disampaikan oleh ustaz ini dapat menjadi panduan dan diamalkan. Insyaalah semoga kita dirahmati oleh Allah.   


Sumber: Tranungkite Online (Oleh: papabran)

ARTIKEL : Ujian adalah sunnahtullah
Posted by Admin on 2011/1/26 16:23:23 (2080 reads)

Ujian di dalam hidup adalah perkara lumrah alam. Sesungguhnya Allah akan menguji orang yang beriman dengan rasa suka, duka, takut kehilangan sesuatu, kematian, kekayaan, kemiskinan dan kesakitan. Firman Allah di dalam Al-Quran:


وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar ~ Al-Baqarah: 155

Read More... | 2645 bytes more
ARTIKEL : Rawatan Diri dengan Aura dan Zikir
Posted by Admin on 2011/1/14 15:10:00 (3962 reads)

1. 70% punca penyakit disebabkan masalah psikologi. Oleh sebab itu para doktor atau perawat tradisional akan memulihkan kekuatan jiwa pesakit dengan pelbagai kaedah. Menerus kaedah psikologi bagi meningkatkan kepercayaan dan keyakinan diri pesakit. Dengan pemulihan kekuatan jiwa pesakit, rawatan akan cepat memberi kesan untuk proses penyembuhan. Sebenarnya 70% proses penyembuhan itu datang dari pesakit sendiri dan hanya 30% rawatan dari perawat atau ubat-ubatan.

2. Kelemahan jiwa atau mental akan menyebabkan pesakit mudah kecewa atau tiada semangat juang. Dengan sebab itu ia tiada kekuatan melawan penyakitnya sendiri. Malah amat merbahaya jika dia mengatakan "penyakit yang ada padanya tidak boleh sembuh!" Dia menjadi lemah dengan pendapatnya sendiri dan rawatan akan menjadi lambat untuk sembuh.

Read More... | 2760 bytes more
ARTIKEL : Zikir sebagai Penyembuh Diri
Posted by Admin on 2011/1/13 9:30:00 (6521 reads)

Konsep berzikir yang diamal secara beristiqamah dapat memberi tenaga yang kuat dalam tubuh badan dan membentuk aura positif sebagai benteng diri dari unsur negatif.

1. Firman Allah s.w.t

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
"ketahuilah dengan mengingat Allah itu hati akan menjadi tenang" (Ar-Ra'du:28)

2. Ini bertepatan dengan hadis Nabi s.a.w yang bersabda:

"Dalam jasad anak Adam ada seketul daging, jika ia baik maka baiklah segala anggota badan yang lainnya. Jika buruk maka buruklah seluruh anggota yang lainnya maka ketahuilah ia ada lah Hati (Bukhari dan Muslim)

Read More... | 10777 bytes more
ARTIKEL : Doa Syifa 6
Posted by Admin on 2011/1/7 0:00:00 (3043 reads)

Berikut adalah 6 doa syifa yang baik untuk diamalkan oleh pesakit dan perawat

Read More... | 1448 bytes more

Berita Terkini

Artikel Baru

Kongsi-kongsikan

bookmark at: Twitter bookmark at: Facebook bookmark at: MySpace bookmark at: Del.icio.us bookmark at: Ask bookmark at: Webnews bookmark at: Digg bookmark at: Yahoo bookmark at: Google bookmark at: Diigo bookmark at: Technorati bookmark at: Buzz

Temujanji

Message from Water

If thoughts could do that to water, imagine what they can do to us.

Sertai Di Facebook!

Sedang Online

5 user(s) are online (2 user(s) are browsing News)

Members: 0
Guests: 5

more...

Hits